TIPS DAN PETUA SIHAT DAN CANTIK


8 tips cantik dan sihat untuk wanita

1 KAWAL pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

2 Guna Pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

3 Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

4 Sentiasa bersenam. Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5 Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

6 Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

7 Elakkan bermekap tebal. Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

8 Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

************************************************************************************************************

DIET BOLEH MENGHILANGKAN JERAWAT

Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat adalah mengawal cara pemakanan atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika dikatakan diet atau cara pemakanan adalah faktor terbesar samada seseorang itu menjadi  sihat atau kurang sihat.



Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Justeru disini menerangkan bagaimana diet juga dapat membantu merawat jerawat.

Secara asasnya pemakanan yang anda peRlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.

Empat pemakanan tersebut adalah:
1. Kurangkan pengambilan gula
Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.




2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh
Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.




3. Vitamin untuk mencegah jerawat
Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.



4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.
Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisasi di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.

Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu, jangan lupa amalkan agar kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa.

*******************************************************

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.


Antara penyebab keputihan wanita yang abnormal:
  • Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
  • jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
  • Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
  • Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
  • Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk.
  • Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) juga boleh menyebabkan keputihan seperti kuih donut dan gula-gula getah.

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:

  • Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen
  • Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen
  • Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.


Antara cara mencegah keputihan :

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita.

2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar.

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan.

4. 
Kurangkan pengambilan buah 
nanas, sengkuang dan timun kerana ia menyumbang kepada keputihan. 
5. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil

6. 
Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

7. Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. 

8. Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

9. Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.

 10. berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan.

****************************************************************

PENJAGAAN KAKI AGAR MENARIK


Menghilangkan Bau Kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki, Ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.

Masalah Kaki Bersisik
Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.

Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.

Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.


Urat Timbul Di Kaki

Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.

Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Kaki Bengkak Ketika Hamil

Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

****************************************************************

MENCUCI RAMBUT DENGAN BETUL



Rambut rosak, rambut bercabang.. rambut luruh.. memang masalah biasa yang sering kita alami walaupun telah pelbagai produk syampu yang telah digunakan. Tahukah anda jika sering bertukar syampu juga mengundang pada kerosakan rambut.

Jadi pertama sekali kekalkan penggunaan syampu anda setelah merasakan jenis syampu tersebut sesuai dengan anda.

Berikut adalah cara mencuci rambut dengan betul :

1 ) Basahkan rambut terlebih dahulu sebaiknya menggunakan air suam untuk membuka kutikel-kutikel rambut.

2 ) Tuangkan syampu lebih kurang 1 sudu makan ke tapak tangan anda dan gosok mengunakan kedu-dua belah tangan, kemudian barulah di gosokkan perlahan-lahan pada rambut. Usap hingga ke kulit kepala untuk menaggalkan sel sel kulit mati jika tidak inilah yang akan menyumbang pada kelumumur. Elakkan menyental bahagian hujung rambut. Tidak perlu untuk menaikkan semua rambut anda ke atas kepala kerana ini akan menyebabkan rambut kusut.

3 ) Bilas rambut dengan sempurna iaitu dengan sebersih-bersihnya.

4 ) Untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut anda, lurutkan perlahan-lahan dan tekan rambut anda. Tetapi jangan pula mengasari atau menarik-narik rambut anda kerana rambut amat lembut didalam keadaan basah.

5 ) Setelah mengeluarkan lebihan air pada rambut inilah masanya untuk mengenakan conditioner. Sapukan conditioner keseluruh rambut anda dan lebihkan pada bahagian hujung rambut. Pastikan sapuan keseluruh bahagian rambut kemudian tutup rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.

6) Bilas rambut sebersih-bersihnya langkah ini amat penting agar tidak belaku iritasi pada kulit kepala. Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk kerana ini akan menutup kembali kutikel rambut anda semula di samping memberi efek rambut yang bersinar.

7) Seminggu sekali gunakan hair treatment yang sesuai untuk rambut anda.

Tips Tips rambut yang perlu di ketahui
- Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on mosturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan membawa pada kerosakan.
- Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyihatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.
- Jangan sesekali meninggalkan perapi ( conditioner) setiap kali bersyampu.
- Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.
- Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang di urus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mengundang pada kerosakan.

0 comments:

Post a Comment